Tuesday, October 03, 2006

Apa itu ubiquitous?

Istilah ini aku dapat semasa menghadiri seminar diBusan, Korea. Ubiquitous lebih merupakan satu teknologi mengesan apa saja objek termasuk manusia dan segala benda dengan menggunakan RFID, komputer dan internet tanpa wayar. RFID bermaksud Radio Frequency Identification. Ia merupakan suati cip elektronik yang boleh ditanam di dalam badan manusia, di mana cip itu akan dikesan oleh menara radio yang ditempatkan di seluruh tempat dan kawasan. Apabila insan yang menanam RFID itu melalui kawasan signal tersebut, maka komputer akan dapat mengesan dan mengenalpasti lokasi beliau dan identiti beliau dengan cepat dan tangkas.
Jadi, teknologi ubiquitous lebih kepada memudahkan manusia menjalani kehidupan harian. Misalnya beliau tidak perlu membuka pintu rumah. Di sebaliknya pintu rumah akan terbuka sendiri apabila mengesan beliau menghampiri pintu tersebut (pada pintu itu dipasang alat pembaca RFID). Jika RFID itu dimiliki oleh individu yang tidak relevan dengan pintu tersebut maka ia tidak akan terbuka.
Jika semua pelajar sesuatu institusi memakai RFID, maka lokasi beliau akan dapat dikesan dengan segera. Misalnya jika ada panggilan kecemasan oleh keluarganya, maka pihak pentadbir akan segera dapat mengesan kedudukan beliau (di dalam kelas atau di asrama), dan mesej akan segera dapat dihantar kepadanya. Begitu juga dengan pengambilan data kehadiran pelajar di dalam kelas, di mana pensyarah tidak perlu mengedarkan senarai kedatangan untuk ditandatangani oleh pelajar, atau pensyarah memanggil seorang demi seorang untuk menandakan kehadiran. Sebaliknya apabila pelajar masuk saja ke dalam kelas tersebut, kedatangannya terus direkodkan oleh komputer. Pensyarah hanya akan menumpukan perhatiannya kepada P&P sahaja.
Begitu juga dengan benda-benda mati seperti perabut, kenderaan dan sebagainya. Semua itu boleh dikesan lokasinya dengan menanam RFID pada jasad benda tersebut. Ia boleh ditanam pada katil (siapa yang tidur atas katil itu akan dikenalpasti) atau dilekatkan di dalam henfon (jika henfon hilang atau salah letak ia boleh dikesan dalam masa sesaat (bergantung kepada kemampuan internet di tempat beliau). Meskipun henfonnya hilang di London, ia dapat dikesan dengan melihat komputer di Malaysia. (Hebat kan?)
So, apa tiori di sebalik teknologi ini sehinggakan komputer mampu mengesan berjuta-juta objek termasuk manusia dan benda-benda mati itu? Jawapannya ialah: setiap benda diberikan satu nombor pengenalan (macam nokp kita) di mana satu objek aka n memiliki nombor peribadi yang berbeza dengan nombor peribadi objek lain.
Setiap objek diberikan nokp 32 digit, di mana sejumlah 34 trilion objek boleh dibezakan identiti masing-masing. Dalam dunia ini, jika dhimpunkan manusia dan semua objek yang ada, baru mencapai ratus juta sahaja bilangannya. Tak sampai pun 1 trilion. Maka, apa saja objek yang ada dalam dunia ini boleh dikesan dari mana-mana lokasi. (Lagi hebat kan?)
Teknologi Ubiquitous ini pada asasnya amat hebat. Namun manusia tetap tidak dapat menerima teknologi ini secara keseluruhan terutamanya yang melibatkan privacy mereka. Sapa yang mahu katilnya mengesan jasad yang tidur dikatil tersebut dan merekodkannya untuk siasatan umum. Tak dapatlah manusia itu tidur dengan sesiapa saja yang dia suka terutamanya jika dia seorang lelaki yang suka meniduri segala jenis perempuan selain isterinya. Nanti senang-senang saja isterinya mengetahui rahsia tersebut, termasuklah semua senarai semua katil yang pernah suaminya tidur sama ada di hotel tempat suaminya bermesyuarat atau di mana-mana lokasi yang suaminya berada. Jika suaminya singgah di pub atau kelab malampun sang isteri akan dapat mengesannya di komputer di rumah. (Tapi elok jugak kan? Bolehlah suami atau isteri menjadi alim kerana dia sentiasa dapat dikesan oleh pasangan masing-masing at any time and any place in the world).
Kos untuk mewujudkan teknologi ini juga amat tinggi. Mungkin cip yang ditanam ke dalam semua objek itu murah sahaja, tetapi alat yang membaca RFID itu yang mahal. Sebab itu SMART TAG tidak dipasang di semua lebuhraya. Apatah lagi untuk memasang alat yang seperti itu di seluruh kawasan pada jarak 50 meter setiap satu. Nanti kawasan kita penuh dengan tiang-tiang RFID Reader sehinggakan nak berjalanpun susah.
Namun,tidak ada ruginya untuk memasang teknologi ini di kawasan yang kecil seperti di pejabat-pejabat atau di rumah-rumah (kiranya kawasan yang sering ada manusia). Jika teknologi ini dipasang di rumah, maka manusia tidak akan ragu untuk meninggalkan rumahnya selama berbulan-bulan, kerana dia masih boleh melihat rumahnya melalui komputer sewaktu di berada di tempat lain. Ini adalah kerana teknologi ubiquitous boleh menghubungkan komputer dengan kamera bahkan semua objek boleh berinteraksi antara satu dengan yang lain, dengan hanya memberikan arahan dari komputer peribadi atau dari henfon masing-masing. Jika seseorang terlupa mengunci rumahnya setelah berada di lokasi sejauh 500 km dari rumahnya itu, maka dia hanya perlu menghantar kod tertentu melalui SMS kepada komputer di rumahnya yang mana komputer di rumahnya akan mengunci pintu dan tingkap yang ada serta mengaktifkan alat penggera rumah tersebut. Hatta sekiranya ada pencuri yang berjaya masuk ke rumah beliau dan mengambil barangan yang ada, pencuri itu dengan barang curian akan segera dapat dikesan oleh polis (Huh..amannya dunia jika teknologi ini wujud di seluruh dunia).

No comments: