Ini kerja teknologi campur keberanian. Jam 7.00 pg, di flet 19 tingkat kediaman presint 14, sebuah lori penarik berlegar-legar di sekitar kawasan parking. Kawasan parking ada yang terbuka dan ada yang terlindung di bawah flet. Di dalam lori, ada 3 orang di dalamnya. Seorang pemandu, seorang pembuka pintu kereta dan seorang lagi memasang rantai atau sebagainya supaya kereta disangkutkan ke lori.
Setelah memutuskan kereta mana yang harus ditarik, lori tersebut bergegas laju menuju ke bawah flet, dan menyusun kedudukan dengan memasukkan lengan pengangkat ke bawah kereta (bahagian depan). Tukang sangkut segera membuat kerjanya. Tukang buka pintu menggunakan besi dan mengumpil pintu depan sebelah penumpang. Pintu terbuka, alarm berbunyi. Pemandu mengangkat kereta. Tak sampai seminit, lori bergegas keluar dari bawah flet, menuju ke jalan raya.
Beberapa orang termasuk aku, kaku melihat semua itu. Dalam kepala hanya terfikir mungkin tuan kereta tak bayar ansuran. Ada beberapa orang lagi juga melihat saja. Aku segera ambil nombor lori, mana tahu kalau2 polis menyiasat nanti, aku sanggup jadi saksi.
Tapi, tak ada pulak polis yang datang kemudiannya. Confirm kot tuan kereta tak bayar ansuran. Kereta memang mudah nak beli. Ada RM500 dah boleh pakai kereta. Tapi nak bayar RM400 sebulan tu yang mungkin tak semua orang sanggup.
Bagaimanapun, apa cerita kalau itu memang benar2 kejadian mencuri kereta?
Nampaknya kereta tak selamat walaupun alarm dipasang, walaupun steering lock dipasang. Cuma aku tertanya-tanya, kalau gear auto dikunci, boleh tak mereka pecahkan? Kalau tak dapat pecahkan, memang sulitlah bagi diorang nak tarik kereta tu.
Moralnya: kita kunci kereta kita elok2, lepas tu, bertawakkallah kepada Allah.
Friday, July 17, 2009
Tuesday, October 17, 2006
Apa itu henfon

Telefon bimbit/henfon/cellphone.. merupakan satu gajet yang amat popular pada waktu ini. Dari sekecil budak hingga ke peringkat tua, mereka mengenalinya sebagai satu benda yang boleh menghubungkan manusia di mana saja mereka berada. Alam komunikasi menjadi lebih mudah, lantas dunia menjadi lebih kecil dengan adanya alat ini.
Henfon juga sudah menjadi harga diri individu. Ia seumpama pemberitahu kepada umum taraf si pemakainya. Contohnya jika seseorang itu memiliki sebuah kereta mercedes, maka kita tahu di mana taraf ia berada. Mungkin datuk-datuk.. atau tokeh-tokeh besar dan sebagainya.
Begitu juga henfon. Paling jelas, pengguna nokia communicator sudah tentu dari kalangan tokeh-tokeh dan usahawan. Pemilik Henfon 3G sudah tentu meminati kemodenan komunikasi yang merentasi dunia tanpa wayar.
Memang henfon bercakap berlandaskan poket masing-masing. Jika mampu memiliki henfon yang mahal, sudah tentu ia memiliki kelebihan yang tersendiri.
Henfon sewajarnya memiliki ciri-ciri yang dikenalpasti. Namun ia sengaja dibuat supaya tidak memenuhi impian individu. Jika henfon itu canggih sekalipun, tetap dikurangkan satu kemudahan. Kalau ada kamera, mungkin ia tiada radio. Mesti ada satu ciri yang kurang.
Ciri-ciri sewajarnya yang diperlukan dari sebuah henfon ialah:
1. ada SMS, MMS dan video conferencing
2. ada radio
3. ada video player
4. ada kamera (1 kamera, 2 kamera, pixel yang tinggi)
5. ada internet explorer
6. ada music player
7. ada wifi
8. ada bluetooth
9. ada infra red
10. dual band/triple/quad
11. internal memory
12. mmc/minisd card
13. operating system (symbian, CE)
14. long life batery
15. color, polyphonic, mp3
16. screen size
17.qwrty (ada keyboard)
18. ada konsep PDA (guna touchscreen dan magnetic pen)
19. appearance, size, berat yg sesuai
20. wap, edge, 3G
21. Software yang pelbagai (lifeblog, theme editor, spycall etc)
22. alarm, calculator, calendar etc
23. harga yang berpatutan.
Namun tidak ada henfon yang 100% memiliki ciri-ciri di atas. Pasti ada satu atau dua item yang tidak dibekalkan.
Henfon banyak membantu bahkan menghiburkan pemiliknya. tiada masalah untuk berSMS dan berMMS bahkan bersembang berbantukan video. Manusia mampu membuat apa saja jika ada henfon yang canggih. Boleh ambil gambar sesuka hati. Kalau tidur, henfon tolong kejutkan dengan bunyi alarm yang memekakkan. Kalau rindu, hidupkan kamera depan dan belakang, panggil yang tersayang, maka terlihatlah wajah masing2. Hidup individu boleh diurus dengan bantuan henfon.
Dengan berbekalkan MMC atau miniSD card yang bersaiz sehingga 1 GB, apa saja malumat boleh disimpan. Bahkan dengan adanya sistem GPS dari setelite, pengembaraan menjadi mudah dengan adanya peta pada skrin henfon. Apatah lagi dengan 3G, internet boleh dilayari dari lokasi yang tidak dapat difikirkan. Urusan perbankan berada di hujung jari.
TV? boleh ditengok menggunakan henfon. Cuma anda perlu bayar saja yuran bulanan kepada vendornya. Ya.. kecanggihan terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi juga. Namun kepuasan hati mengatasi segala-galanya.
Tuesday, October 03, 2006
Apa itu ubiquitous?
Istilah ini aku dapat semasa menghadiri seminar diBusan, Korea. Ubiquitous lebih merupakan satu teknologi mengesan apa saja objek termasuk manusia dan segala benda dengan menggunakan RFID, komputer dan internet tanpa wayar. RFID bermaksud Radio Frequency Identification. Ia merupakan suati cip elektronik yang boleh ditanam di dalam badan manusia, di mana cip itu akan dikesan oleh menara radio yang ditempatkan di seluruh tempat dan kawasan. Apabila insan yang menanam RFID itu melalui kawasan signal tersebut, maka komputer akan dapat mengesan dan mengenalpasti lokasi beliau dan identiti beliau dengan cepat dan tangkas.Jadi, teknologi ubiquitous lebih kepada memudahkan manusia menjalani kehidupan harian. Misalnya beliau tidak perlu membuka pintu rumah. Di sebaliknya pintu rumah akan terbuka sendiri apabila mengesan beliau menghampiri pintu tersebut (pada pintu itu dipasang alat pembaca RFID). Jika RFID itu dimiliki oleh individu yang tidak relevan dengan pintu tersebut maka ia tidak akan terbuka.
Jika semua pelajar sesuatu institusi memakai RFID, maka lokasi beliau akan dapat dikesan dengan segera. Misalnya jika ada panggilan kecemasan oleh keluarganya, maka pihak pentadbir akan segera dapat mengesan kedudukan beliau (di dalam kelas atau di asrama), dan mesej akan segera dapat dihantar kepadanya. Begitu juga dengan pengambilan data kehadiran pelajar di dalam kelas, di mana pensyarah tidak perlu mengedarkan senarai kedatangan untuk ditandatangani oleh pelajar, atau pensyarah memanggil seorang demi seorang untuk menandakan kehadiran. Sebaliknya apabila pelajar masuk saja ke dalam kelas tersebut, kedatangannya terus direkodkan oleh komputer. Pensyarah hanya akan menumpukan perhatiannya kepada P&P sahaja.
Begitu juga dengan benda-benda mati seperti perabut, kenderaan dan sebagainya. Semua itu boleh dikesan lokasinya dengan menanam RFID pada jasad benda tersebut. Ia boleh ditanam pada katil (siapa yang tidur atas katil itu akan dikenalpasti) atau dilekatkan di dalam henfon (jika henfon hilang atau salah letak ia boleh dikesan dalam masa sesaat (bergantung kepada kemampuan internet di tempat beliau). Meskipun henfonnya hilang di London, ia dapat dikesan dengan melihat komputer di Malaysia. (Hebat kan?)
So, apa tiori di sebalik teknologi ini sehinggakan komputer mampu mengesan berjuta-juta objek termasuk manusia dan benda-benda mati itu? Jawapannya ialah: setiap benda diberikan satu nombor pengenalan (macam nokp kita) di mana satu objek aka n memiliki nombor peribadi yang berbeza dengan nombor peribadi objek lain.
Setiap objek diberikan nokp 32 digit, di mana sejumlah 34 trilion objek boleh dibezakan identiti masing-masing. Dalam dunia ini, jika dhimpunkan manusia dan semua objek yang ada, baru mencapai ratus juta sahaja bilangannya. Tak sampai pun 1 trilion. Maka, apa saja objek yang ada dalam dunia ini boleh dikesan dari mana-mana lokasi. (Lagi hebat kan?)
Teknologi Ubiquitous ini pada asasnya amat hebat. Namun manusia tetap tidak dapat menerima teknologi ini secara keseluruhan terutamanya yang melibatkan privacy mereka. Sapa yang mahu katilnya mengesan jasad yang tidur dikatil tersebut dan merekodkannya untuk siasatan umum. Tak dapatlah manusia itu tidur dengan sesiapa saja yang dia suka terutamanya jika dia seorang lelaki yang suka meniduri segala jenis perempuan selain isterinya. Nanti senang-senang saja isterinya mengetahui rahsia tersebut, termasuklah semua senarai semua katil yang pernah suaminya tidur sama ada di hotel tempat suaminya bermesyuarat atau di mana-mana lokasi yang suaminya berada. Jika suaminya singgah di pub atau kelab malampun sang isteri akan dapat mengesannya di komputer di rumah. (Tapi elok jugak kan? Bolehlah suami atau isteri menjadi alim kerana dia sentiasa dapat dikesan oleh pasangan masing-masing at any time and any place in the world).
Kos untuk mewujudkan teknologi ini juga amat tinggi. Mungkin cip yang ditanam ke dalam semua objek itu murah sahaja, tetapi alat yang membaca RFID itu yang mahal. Sebab itu SMART TAG tidak dipasang di semua lebuhraya. Apatah lagi untuk memasang alat yang seperti itu di seluruh kawasan pada jarak 50 meter setiap satu. Nanti kawasan kita penuh dengan tiang-tiang RFID Reader sehinggakan nak berjalanpun susah.
Namun,tidak ada ruginya untuk memasang teknologi ini di kawasan yang kecil seperti di pejabat-pejabat atau di rumah-rumah (kiranya kawasan yang sering ada manusia). Jika teknologi ini dipasang di rumah, maka manusia tidak akan ragu untuk meninggalkan rumahnya selama berbulan-bulan, kerana dia masih boleh melihat rumahnya melalui komputer sewaktu di berada di tempat lain. Ini adalah kerana teknologi ubiquitous boleh menghubungkan komputer dengan kamera bahkan semua objek boleh berinteraksi antara satu dengan yang lain, dengan hanya memberikan arahan dari komputer peribadi atau dari henfon masing-masing. Jika seseorang terlupa mengunci rumahnya setelah berada di lokasi sejauh 500 km dari rumahnya itu, maka dia hanya perlu menghantar kod tertentu melalui SMS kepada komputer di rumahnya yang mana komputer di rumahnya akan mengunci pintu dan tingkap yang ada serta mengaktifkan alat penggera rumah tersebut. Hatta sekiranya ada pencuri yang berjaya masuk ke rumah beliau dan mengambil barangan yang ada, pencuri itu dengan barang curian akan segera dapat dikesan oleh polis (Huh..amannya dunia jika teknologi ini wujud di seluruh dunia).
Subscribe to:
Comments (Atom)